Friday 28 December 2012

Produk Last Menet~ Sambungan

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Sempena Hari Jumaat yang mulia ini...kami doakan anda sentiasa sihat disamping yang tersayang. Hari ini adalah Jumaat terakhir dalam tahun 2012. Minggu depan kita akan masuk ke tahun 2013.Semoga kedatangan tahun baru ini akan terus membawa kejayaan dan kebahagiaan yang berpanjangan.Insyaallah.Amin.
Pada Entry kali ini, kami ingin menyambung cerita mengenai produk-produk ataupun servis yang kami sediakan di Last Menet. Selain banner & bunting, kami juga menyediakan mencetak inkjet sticker dan inkjet poster.

3. Inkjet Sticker & Poster

Mungkin anda biasa tengok sticker yang dilekat pada pelbagai jenis permukaan. Sticker ni memang ada pelekat atau gam di belakangnya yang membolehkan anda melekatkannya pada pelbagai peralatan atau pun dinding.
Saiz untuk sticker ni memang fleksibel. Anda boleh "request" mengikut kesesuaian permukaan yang anda nak lekatkan.
Satu perkara yang anda kena ambil tahu pasal sticker ni selepas dicetak perlu di laminate di atas permukaannya. Tujuannya untuk melindungi "ink" pada sticker yang mudah hilang jika terkena air dan memanjangkan jangka hayat sticker tersebut.Biasanya laminate ni  terbahagi kepada dua.

1. Matt lamination
Matt lamination ni agak mudah untuk dikenalpasti. Keadaan permukaan sticker (selepas dilaminate) akan terasa agak kasar dan tidak berkilat jika terkena cahaya lampu. Sesuai digunakan untuk poster yang banyak wording ataupun gambar potret.

2. Glossy Lamination
Kebanyakan orang guna jenis laminate ni. Jika anda nak menyerlahkan design yang berwarna warni dan banyak gambar, jenis ini yang perlu anda pilih. Permukaannya licin dan berkilat apabila terkena cahaya lampu.

Jadi, sila pastikan pilihan anda sebelum membuat tempahan.ok.

nak baca panjang-panjang nanti bosan pulak. tengok banner promo ni dulu.nanti kami akan huraikannya pada next entry..Enjoy!!

Peace :-)

Last Menet Team





No comments:

Post a Comment