Wednesday 16 January 2013

Premium Items @ Last Menet

Assalamualaikum....

Pada Entry kali ni, kami ingin memperkenalkan kepada anda antara produk ataupun barangan yang kami juga bekalkan iaitu barangan-barangan premium...

Hubungi kami untuk mendapatkan info lanjut dan harga.

:-)

Last Menet Team

Friday 28 December 2012

Produk Last Menet~ Sambungan

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Sempena Hari Jumaat yang mulia ini...kami doakan anda sentiasa sihat disamping yang tersayang. Hari ini adalah Jumaat terakhir dalam tahun 2012. Minggu depan kita akan masuk ke tahun 2013.Semoga kedatangan tahun baru ini akan terus membawa kejayaan dan kebahagiaan yang berpanjangan.Insyaallah.Amin.
Pada Entry kali ini, kami ingin menyambung cerita mengenai produk-produk ataupun servis yang kami sediakan di Last Menet. Selain banner & bunting, kami juga menyediakan mencetak inkjet sticker dan inkjet poster.

3. Inkjet Sticker & Poster

Mungkin anda biasa tengok sticker yang dilekat pada pelbagai jenis permukaan. Sticker ni memang ada pelekat atau gam di belakangnya yang membolehkan anda melekatkannya pada pelbagai peralatan atau pun dinding.
Saiz untuk sticker ni memang fleksibel. Anda boleh "request" mengikut kesesuaian permukaan yang anda nak lekatkan.
Satu perkara yang anda kena ambil tahu pasal sticker ni selepas dicetak perlu di laminate di atas permukaannya. Tujuannya untuk melindungi "ink" pada sticker yang mudah hilang jika terkena air dan memanjangkan jangka hayat sticker tersebut.Biasanya laminate ni  terbahagi kepada dua.

1. Matt lamination
Matt lamination ni agak mudah untuk dikenalpasti. Keadaan permukaan sticker (selepas dilaminate) akan terasa agak kasar dan tidak berkilat jika terkena cahaya lampu. Sesuai digunakan untuk poster yang banyak wording ataupun gambar potret.

2. Glossy Lamination
Kebanyakan orang guna jenis laminate ni. Jika anda nak menyerlahkan design yang berwarna warni dan banyak gambar, jenis ini yang perlu anda pilih. Permukaannya licin dan berkilat apabila terkena cahaya lampu.

Jadi, sila pastikan pilihan anda sebelum membuat tempahan.ok.

nak baca panjang-panjang nanti bosan pulak. tengok banner promo ni dulu.nanti kami akan huraikannya pada next entry..Enjoy!!

Peace :-)

Last Menet Team





Thursday 27 December 2012

Produk Last Menet

Kami di Last Menet memfokuskan perkhidmatan dalam bidang printing & pengiklanan.Pada Entry kali ini, kami nak memperkenalkan kepada anda antara line up produk kami.

1. Banner

Banner atau dalam bahasa melayunya kain rentang. Selalunya menjadi pilihan pelanggan yang terdiri daripada penganjur acara, pemilik kedai dan individu persendirian. standard size yang menjadi pilihan adalah
- 8 kaki (panjang) x 4 kaki (tinggi)
- 10 kaki (panjang) x 4 kaki (tinggi)
- 12 kaki (panjang) x 4 kaki (tinggi)

Namun saiz sebenarnya menjadi pilihan anda. Semakin besar saiz banner anda, semakin bertambah harganya.


2. Bunting

Bunting ni pulak salah satu pilihan medium pengiklanan. Saiznya yang kecil membolehkan pelanggan meletakkan bunting ini pada tiang-tiang lampu ataupun pada ruang yang kecil. Standard size untuk bunting ni.

- 2 kaki (lebar) x 6 kaki (tinggi)
- 3 kaki (lebar) x 7 kaki (tinggi)

Saiz ni juga boleh diubah mengikut kehendak anda..


Bersambung untuk next entry....

Peace:-)

Last Menet Team


Kami sedia membantu anda..

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...


Promosi merupakan salah satu aspek penting dalam menjual produk kita. Selain itu, ia termasuk juga dalam keperluan acara tidak kira acara rasmi,program outdoor ataupun majlis perkahwinan, kenduri, ataupun sambutan harijadi. Kami di Last Menet sentiasa peka dengan kehendak dan kepuasan pelanggan kami.

Mungkin ada diantara anda yang cukup mahir dalam bidang advertising mahupun design. Namun satu perkara yang sering menjadi halangan utama adalah kekangan masa. Pengalaman kami dalam bidang pengurusan acara (event management) sebenarnya banyak menjadikan kami begitu peka terhadap "dateline" terhadap satu-satu acara yang memerlukan semangat dan jiwa yang kental dalam menguruskan masa serta tekanan di sekeliling.

Walaupun begitu, kami sangat menghargai sokongan anda terhadap blog ini. Anda boleh juga lawati kami di laman facebook "Last Menet". Insyallah kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Peace...:-)

Last Menet Team



Sunday 16 December 2012

Last Menet??

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

"Last Menet"....situasi akhir yang kelam kabut,penuh dan tekanan...terpaksa mengejar dateline..tekanan dari client...tekanan dari bos...dan kadangkala membuat anda jadi tension dan putus asa...dan disaat ini kami akan muncul dalam hidup anda...Mudah..pantas...berbaloi....

Last Menet akan memberikan penyelesaian kepada masalah anda...tak perlu bersusah payah nak google dan call sana sini...hanya ikut beberapa step:

Step 1
 Email Detail anda / Enquiry/ Artwork

Step 2
Kami akan reply dengan quotation / Artwork

Step 3
Anda Setuju dengan design dan harga. Bank In Duit

Step 4
Barang akan sampai kepada anda

Apa Perkhidmatan Kami

Setakat ini, kami menyediakan perkhidmatan INKJET PRINTING seperti bunting dan banner.
Antara saiz standard yang kami buat

Banner (material vinyl)
- Saiz 12' x 4'
- Saiz 10'x4'
- Saiz 8'x4'
- Saiz 6'x 4'

Bunting (material vinyl)
- Saiz 2' x 6'
- Saiz 2' x 5'
- Saiz 3' x 6'

Dan saiz custom mengikut kehendak anda.......kuantiti dari 1 unit....

Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda...tidak kira Last Menet ataupun tidak.
Hantarkan Pesanan anda kepada kami.

last.menet2013@gmail.com

:-)